SARATOK: Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) meluluskan peruntukan berjumlah RM10.72 juta bagi empat projek di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka baru-baru ini.
Ahli Dewan Undngan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata projek tersebut ialah kerja-kerja menaik taraf pintu air di Kampung Kupang, Kampung Perpat dan Kampung Paloh serta naik taraf jalan pertanian dan kerja-kerja berkaitan di kawasan Sungai Tali Paun seberang Pekan Saratok.
“Semua kontraktor telah dilantik oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) bagi pelaksanaan empat projek terbabit,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa Majlis Berbuka Puasa anjuran Pejabat Daerah Saratok dan Pejabat Daerah Kecil Nanga Budu di sini.
Turut hadir Pegawai Daerah Saratok, Mohammad Dino Amid, Pegawai Tadbir Menguasa Daerah Kecil Nanga Budu, Hatta Adenan, Pemanca Lim Guan Ann, Pemanca Sahari Gani dan Kapitan Gan Eng Kie.
