LUNDU: Hampir 2,000 orang menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu di Dewan Serbaguna Mahligai Gading, di sini, semalam.
Mereka terdiri dari ketua kaum dan masyarakat Daerah Lundu, ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N3 Tanjong Datu dan pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), kelab, pusat dan serta persatuan cawangan Lundu.
Acara kemuncak majlis menyaksikan ADUN Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan bersama tetamu kehormat memotong kek Hari Raya seterusnya menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak.
Ini diikuti persembahan nyanyian lagu raya oleh Menteri Pembangunan Wanita ,Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen Santubong, Nancy Shukri bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) Cawangan Wanita PBB N3 Tanjong Datu.
Hadir sama, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni, mantan ADUN Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu, Residen Bahagian Kuching, Dayang Joanita Azizah Abang Morshidi. Pegawai Daerah Lundu, Awang Yusup Awang Mostapha, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Abang Abdul Aziz Datuk Abang Draup dan Setiausaha Majlis Daerah Lundu, Norashikin Brahim.
