KUCHING: Yayasan Sarawak mengumumkan pelantikan Datu Mohamad Junaidi Mohidin sebagai Pengarah Yayasan Sarawak baharu berkuat kuasa hari ini.
Beliau menggantikan Datu Mersal Abang Rosli yang menamatkan perkhidmatan selepas berkhidmat dengan Yayasan Sarawak selama 43 tahun.
Simbolik majlis penyerahan tugas disaksikan Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Timbalan Pengerusi Yayasan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki di Wisma Adenan, Yayasan Sarawak.
Sementara itu, Mohamad Abu Bakar merakamkan penghargaan kepada Mersal atas dedikasinya yang tinggi sepanjang 43 tahun bersama Yayasan Sarawak.
Beliau turut mengalu-alukan kehadiran Mohamad sebagai Pengarah Yayasan Sarawak baharu.
“Kita berharap agar kepimpinan beliau akan menyuntik semangat dan pendekatan baharu dalam usaha memperkasa sektor pendidikan dan pembangunan modal insan pelajar Sarawak di seluruh negara,”. – UKAS
