MALUDAM: Ibu bapa perlu memantau penggunaan gajet bagi mengelakkan anak-anak terdedah kepada kandungan negatif.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, ini termasuk kandungan berkaitan penipuan dalam talian.
“Segala pendedahan kepada kandungan yang tidak sesuai harus dikawal sejak kecil,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa Penutupan Bengkel Kemahiran Keibubapaan Tabika dan Taska Kemas Parlimen P.201 Batang Lupar 2025 di Dewan Serbaguna, Daerah Kecil Maludam di sini, semalam.
Selain itu, Dayang Noorazah menegaskan ibu bapa untuk juga mengawasi anak mereka dari penyalahgunaan dadah, menyediakan makanan sihat kepada anak dan prihatinan terhadap keperluan anak istimewa seperti autisme.
“Komitmen kita bersama adalah memastikan anak-anak membesar dalam persekitaran selamat, positif dan seimbang, sekali gus membentuk generasi masa depan yang sihat dan berkualiti,” tambahnya.
Turut hadir Pegawai KEMAS Daerah Simunjan, Maimunah Latif, Penolong Pegawai Penguasa, Daerah Kecil Maludam, Noraini Aden dan Penghulu Mahli Semail.
