LUNDU: Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di sini disaran memohon bantuan pendidikan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Tanjong Datu , Azizul Annuar Pehin Sri Adenan berkata bantuan itu diperuntukkan oleh Pusat Khidmat N3 Tanjong Datu setiap tahun.
“Ini untuk membantu meringankan beban ibu bapa membuat persediaan anak-anak mendaftar ke IPTA dan IPTS,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika program Solat Hajat Pelajar SPM dan STPM di Masjid Pehin Sri Haji Adenan Satem Lundu, di sini, malam tadi.
Seramai 230 orang terdiri daripada guru-guru , Persatuan Ibu-bapa dan Guru (PIBG) SMK Lundu , Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM ) Cawangan Lundu , PBB N3 Tanjung Datu dan Ketua -Ketua Kaum dan Masyarakat Daerah Lundu (KMKK ) hadir.
