The Care Circle tawarkan khidmat sokongan psikologi

KUCHING: The Care Circles, sebuah entiti yang berasaskan prinsip psikologi bersedia membantu individu khususnya yang berdepan cabaran kesihatan mental untuk menangani isu kemurungan, beremosi dan tekanan.

Pengasas Bersama The Care Circle, Farah Mohammad dan Rene Low berkata, The Care Circle percaya golongan yang hidup secara bersama layak untuk menerima sokongan emosi dalam membina kehidupan lebih sempurna dan tenang serta membantu orang lain.

Bercakap kepada media untuk memperkenalkan program yang ditawarkan di sini hari ini, The Care Circle, kata Farah menawarkan empat program bagi membantu membina kesejahteraan psikologi secara kolektif kepada setiap peserta.

Empat program terbabit, tambahnya, ialah The Safe Program, The Care Program, Kembali Retreat dan Community Sharing Circle.

Bagi Safe Program, katanya, mereka meyediakan penyelesaian korporat sejajar dengan ISO 45003 untuk kesihatan dan keselamatan psikologi iaitu membina budaya saling mempercayai, mengurangkan tekanan dan meningkatkan prestasi.

Di bawah Program Care, beliau berkata, mereka menyediakan khidmat untuk jagaan kesihatan kepada pekerja barisan hadapan dan memberi penjagaan untuk mengurangkan tekanan, meningkatkan keselamatan bekerja secara berpasukan dan keupayaan memberi jagaan secara mampan.

Sementara itu Rene menambahkata, Kembali Retreat yang biasanya didakan dalam masa tiga hari dua malam fokus kepada menangani emosi, terapi secara somatik dan merangka hala tuju kembali semula kepada kehidupan biasa.

Menurut beliau, bagi program Community Sharing Circle menyediakan khidmat bersekemuka dengan pemimpin dan penyedia penjagaan, sistem sokongan berterusan dan kelestarian kesejahteraan.

The Care Circle adalah sumber yang boleh dipercayai dan bercirikan kemasyarakatan untuk sesiapa yang mahu mencari penjagaan untuk diri sendiri sambil menjaga orang lain.

Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi The Care Circles di talan (60)18 401 1918, www.thecarecircle.my, thecarecircle.my@gmail.com dan facebook thecarecircle.my.

Farah menyifatkan khidmat ditawarkan oleh The Care Circle sebagai dua hala pembelajaran.