KUCHING: Program ‘Juh Ngambal’ anjuran Pergerakan Belia Cawangan N.4 Pantai Damai dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Buntal menarik penyertaan aktif penduduk dan golongan belia.
Program tersebut bukan sahaja memberi pendedahan kepada generasi muda mengenai teknik mengambal yang betul, malah berperanan penting dalam memelihara tradisi masyarakat pesisir pantai agar terus dihargai meskipun berdepan perubahan zaman.
Selain aktiviti utama, peserta turut mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna terendak daun nipah, yang menerima sambutan menggalakkan.
Aktiviti sampingan itu membantu memperkenalkan seni kraftangan tradisional kepada golongan muda dalam suasana santai dan menyeronokkan.
Penganjur berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai usaha berterusan memelihara warisan budaya serta menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti kemasyarakatan.
