Enam kertas pembentangan berkaitan MA63 dibincang hari ini

KUCHING: Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (JKTMTPMA63) membincangkan sebanyak enam kertas pembentangan di Putrajaya hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, pembentangan itu dilakukan beberapa kementerian atau jabatan berkaitan.

Katanya, ini seperti:
(i) Status Tindakan Bagi Perkara-Perkara Di Bawah Kementerian Kewewangan;
(ii) Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Berkenaan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan Sarawak;
(iii) Cadangan Pindaan Item 25A (Pelancongan) Dalam Senarai I (Persekutuan) Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan (PP) Kepada Senarai III (Bersama) Jadual Kesembilan PP.
(iv) Pembangunan Kawasan Sempadan Sabah-Sarawak-Kalimantan;
(v) Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Kesihatan Sabah dan Sarawak; dan
(vi) Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Pendidikan Sabah dan Sarawak.

“Semua keputusan yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal pada hari ini akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPAM63) yang akan datang,”nya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, ini untuk pertimbangan dan persetujuan dan perkara atau tuntutan lain berkaitan MA63 yang masih belum selesai akan terus dibincang dan dipantau oleh Jawatankuasa Teknikal Di Bawah MTPMA63.

Menurutnya, sehingga kini, Kerajaan MADANI berjaya menyelesaikan sembilan tuntutan berkaitan MA63 seperti
(i) Pengiktirafan Jabatan Kerja Raya (JKR) Dan Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Negeri Sabah Dan Negeri Sarawak Sebagai Jabatan Teknik Di Bawah Arahan Perbendaharaan 182 (AP182);
(ii) Pindaan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1995 Bagi Melantik Wakil Kerajaan Negeri Sabah Dan Sarawak Sebagai Anggota Tetap LHDN;
(iii) Penyerahan Kuasa Kawal Selia Bekalan Gas Di Negeri Sabah;
(iv) Pentadbiran Badan Kehakiman Di Sabah Dan Sarawak.

Selain itu, (v) Penyediaan Garis Panduan Penyerahan Semula Tanah Direzabkan Bagi Maksud Persekutuan Di Negeri Sabah Dan Negeri Sarawak;(vi) Penyerahan Kuasa Kawal Selia Elektrik Kepada Kerajaan Negeri Sabah;(vii) Cadangan Pindaan Perkara 95B Perlembagaan Persekutuan Mengenai Ubah Suaian Bagi Negeri Sabah Dan Sarawak Mengenai Pembahagian Kuasa Perundangan; (viii) Penukaran Status Pelabuhan Bintulu dari Pelabuhan Persekutuan ke Pelabuhan Negeri; dan
(ix) Tenaga buruh di Sabah dan Sarawak.

“Di samping itu, Pemberian Khas kepada Sabah dan Sarawak secara interim masing-masing dinaikkan sekali ganda kepada RM600 juta bermula tahun ini,” tambahnya.