KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri N.6 Tupong, Dato Fazzruddin Abdul Rahman meluangkan masa hampir sejam menyantuni peniaga di Bazar Ramadan Emart Matang di sini.
Fazzruddin yang juga Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, turut mengagihkan topi dan apron peniaga dan bubur lambuk kepada orang ramai yang berkunjung ke bazar berkenaan.
Topi dan apron ditaja pengurusan Emart Matang, manakala bubur lambuk tajaan Maggi.
Bazar Ramadan Emart Matang dikelolakan oleh Majlis Perbandaran Padawan dan dianjurkan oleh Emart Realty (Kuching) Sdn. Bhd yang disediakan bagi memberi peluang kepada usahawan kecil menjual pelbagai juadah berbuka puasa sempena Ramadan tahun ini.
Bazar Emart Matang mempunyai 60 buah gerai jualan.
Pada acara itu, Fazzruddin diserikan persembahan tarian tradisonal Melayu dan silat Melayu yang dipersembahkan oleh pihak pengurusan Emart Matang, Emart Realty (Kuching) Sdn. Bhd.
Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi MPP, Kr Abang Ismawi Abang Ali yang juga penaung jawatankuasa pengelola Bazar Ramadan MPP, Pemangku Setiausaha Perbandaran MPP, Sr Ita Ling dan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Bazar Ramadan MPP, Kr Madhi Tomi serta beberapa pegawai kanan MPP, Pengurusan Emart Realty (Kuching) Sdn. Bhd, pihak pengurusan Maggi dan ahli-ahli majlis MPP.
