KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat daripada Pengurusan Tertinggi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak di Astana Negeri Saawak hari ini.
Kunjungan hormat tersebut diketuai Dekan Pengurusan Perniagaan UiTM merangkap Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Profesor Dr. Firdaus Abdullah.
Ia bertujuan memperkenal Profesor Dr. Firdaus Abdullah atas pelantikan beliau sebagai Rektor UiTM Cawangan Sarawak yang baharu pada 1 Februari lalu.
Selain itu, kunjungan hormat ini juga bertujuan membincangkan jalinan kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan khususnya dalam konteks pemindahan ilmu dan pembangunan pendidikan tinggi bumiputera di Sarawak.
Hadir sama, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademi Dan Antarabangsa Profesor Madya Ts CsM Dr Mohammad Isa Mohamadin, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar Profesor Madya Dr Saimi Bujang, Timbalan Rektor Penyelidikan Dan Jaringan Industri) Profesor Ir Dr Juferi Idris, Penolong Rektor (Kampus Samarahan 2), Profesor Madya Dr Abdul Razak Abdul Kadir, Timbalan Pendaftar Kanan, Mohd Hasimi Abdullah, Penolong Pendaftar Pejabat Rektor, Alia Fatin Ibrahim dan Koordinator Unit Komunikasi Korporat, Yaziz Kasim.
