KUCHING: Pelbagai pengisian menarik disediakan Majlis Islam Sarawak (MIS) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) sempena program Iftar Perdana 2026 pada 7 Mac ini.
Berlangsung di sepanjang Tebingan Sungai Kuching bermula di Square Tower sehingga di belakang Hotel Grand Margarita akan bermula seawal 4.30 petang.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, antara pengisian baharu pada tahun ini adalah aktiviti Glamping Ramadan di sekitar kawasan program bagi memberikan kelainan kepada pengunjung.
“Yang menariknya, kita mengadakan pertandingan mewarna kanak-kanak dan pengagihan bubur lambuk kepada orang ramai.
“Iftar Perdana ini merupakan aktiviti santai dan eksklusif untuk warga kota menikmati suasana berbuka puasa dengan lebih selesa di tepi Sungai Sarawak,” katanya pada sidang media Iftar Perdana 2.0 di Rotunda Ibu Pejabat DBKU di Bukit Siol, di sini, hari ini.
Tambah Dr Rahman Junaidi, penganjur pada tahun ini mensasarkan sehingga 5,000 penyertaan dari masyarakat berbilang kaum, agama dan latar belakang dalam memupuk perpaduan di negeri negeri ini.
Ia dijangka menarik minat pelancong dari luar negara.
Bagi pengunjung yang berminat untuk menyertai Glamling Ramadan, mereka boleh membawa peralatan khemah masing – masing dan boleh dipasang kawasan yang telah ditetapkan dan penganjur turut menyediakan ruang khas untuk orang ramai mengerjakan solat.
Juster, beliau menggesa masyarakat dijemput hadir untuk bersama-sama memeriahkan majlis berbuka puasa ini dalam suasana penuh ukhuwah dan keharmonian.
Turut serta pada sidang media tersebut Datuk Bandar Kuching Utara Dato Hilmy Othman, Setiausaha Majlis Islam Sarawak
Mual Suaud, Pemangku Pengarah DBKU dan Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan-Perkhidmatan Infrastruktur Mohamad Faisal Adenan Pengarah Grit Event Management Awang Saifeluddin Awangku Karim.
