Jaga perpaduan, kerjasama kaum di Sarawak

LAWAS: Rakan media turut serta dalam usaha memaparkan mesej perpaduan dan kerjasama kaum rakyat Sarawak.

Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong berkata, ini kerana ketika ini terlalu banyak informasi dipapar dalam laman sosial dari luar Sarawak yang tidak menjaga aspek perpaduan antara rakyat.

“Jadi saya juga mahu agar rakan-rakan media kita sama-sama memaparkan mesej perpaduan, kerjasama antara kaum,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengunjungi kediaman Setiausaha Politik Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa di Trusan di sini hari ini.

Turut sama ialah Kapitan Chee Boon Ching, Exco Pergerakan Pemuda PBB Sarawak Steve Lius.