Makan Ringgo Rayo keistimewaan masyarakat Saribas

DEBAK: Tradisi ‘Makan Ringgo Rayo’ terus diamalkan oleh masyarakat kawasan Saribas, di sini, sehingga kini.

Ini merupakan tradisi kunjung-mengunjungi oleh rakan taulan dan masyarakat bertujuan memupuk perpaduan dan mengeratkan hubungan mereka.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, Makan Ringgo Rayo menjadi keistimewaan masyarakat Saribas yang diamal sejak dahulu lagi.

“Di Daerah Debak khususnya, budaya Makan Ringgo Rayo semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri dapat kita saksikan dimana penduduk akan dijemput ke rumah-rumah mengikut kampung masing-masing,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kampung Bungey Debak di sini, baru-baru ini.