Joran Batang Lassa serlah potensi tarikan baharu Daro

DARO: Jeti Jambatan Muara Lassa berpotensi sebagai tapak baharu bagi peminat joran melalui kejayaan pertama pertandingan memancing Muara Lassa Daro, semalam.

Program anjuran Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.43 Daro itu dirasmikan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N43 Daro.

Dalam ucapannya, Dr Safiee Ahmad, berkata, sambutan menggalakkan itu membuktikan sukan memancing berpotensi dikembangkan sebagai aktiviti kemasyarakatan yang mampu menarik penyertaan dari luar Daro.

“Kehadiran peserta Sibu, Mukah, Sarikei dan Bintangor menyerlahkan daya tarikan Muara Lassa sebagai lokasi penganjuran aktiviti memancing,” katanya ketika menyempurnakan acara pelepasan peserta, semalam.

Pertandingan terbahagi kepada dua kategori, iaitu bot yang disertai empat pemancing bagi setiap bot dan Shore Angler untuk peserta yang memancing dari kawasan tebing.

“Saya berharap acara ini dapat diteruskan sebagai program tahunan bagi mempromosikan Daro sebagai destinasi pilihan peminat sukan memancing,” katanya.