Perjumpaan rutin Premier bersama Ahli Parlimen, Senator GPS

KUALA LUMPUR: Sesi perjumpaan bersama YAB Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dengan Ahli-Ahli Parlimen dan Senator Gabungan Parti Sarawak (GPS) berlangsung di sebuah hotel di sini, malam ini.

Perjumpaan bersama Premier yang juga Pengerusi GPS itu merupakan pertemuan rutin setiap kali sebelum persidangan Dewan Rakyat bermula.

Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima Parlimen Ke-15 itu akan mula bersidang pada 5 Oktober ini (Isnin) hingga 8 Disember depan.

Persidangan kali ini menyaksikan Belanjawan 2027 akan dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Oktober ini.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Yang Dipertua Dewan Negara Senator Dato Awang Bemee Awang Ali Basah, Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS) Datuk Ibrahim Baki, Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman serta menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri persekutuan, ahli-ahli parlimen dan senator GPS.