KJM N7 Samariang agih bubur lambuk

KUCHING: Sebanyak 400 pek bubur lambuk diagihkan kepada orang awam di Majlis Agihan Bubur Lambuk Kejiranan Mesra (KJM) N7 Samariang hari ini.

Menurut kenyataan media Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), majlis disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof, di Surau Darul Al Amin, Kampung Samariang Jaya Fasa 2, di sini.

Majlis itu dianjurkan dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan dan Bantuan Bencana Kuching, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N7 Samariang dan Pusat Khidmat P194 Petra Jaya.

Turut diadakan sumbangan Ramadan daripada Amal Kebajikan Kuching kepada 20 golongan asnaf N7 Samariang.

Program tahunan KJM N7 Samariang ini untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti sambil menyemarakkan keberkatan Ramadan ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri di Pejabat Premier (Undang-undang, MA63 dan Hubungan Negeri Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, dan Datuk Bandar Kuching Utara, Dato Hilmy Othman.