Lanun Dinara Cut ‘Raja Sungai Seblak’

ROBAN: Pasukan Lanun Dinara Cut dinobat ‘Raja Sungai Seblak’ selepas menjuarai acara bidar 10 pekayuh lelaki pada perlawanan akhir Jaguh Lumba Perahu Sungai Seblak sempena Festival Makanan Roban (RFF) 2024 di Tebingan Sungai Seblak.

Pasukan Lanun Dinara Cut milik Basiron Cut bekerja keras menewaskan pasukan Todak Berjaya milik Nur Ikhmal Kasdi.

Dengan kejuaraan itu, pasukan Lanun Dinara Cut membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 dan piala, manakala pasukan Todak Berjaya naib juara (RM3,500) dan piala, Jamaco milik Harjam Jamain ketiga (RM2,000) dan piala.

Kesemua hadiah pemenang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri dan ADUN Krian, Friday Belik.

Mohamad Duri berkata, acara lumba perahu bidar 10 pekayuh ‘Ala Sambas’ kali pertama diadakan di Sungai Seblak.