Lebih 3,000 perwakilan hadiri Konvensyen Khas Parti PBB Zon Utara 13 September ini

MIRI: Timbalan Premier Sarawak merangkap Timbalan Yang di-Pertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Konvensyen Khas Parti PBB Zon Utara.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Konvensyen Khas Parti PBB Zon Utara mempengerusikan mesyuarat berkenaan bagi memastikan segala persiapan dan penyelarasan menjelang konvensyen berjalan lancar serta teratur.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merangkap Yang di- Pertua Parti PBB bakal merasmikan konvensyen yang bakal menghimpunkan kira-kira 3,800 perwakilan.

Konvensyen tersebut akan diadakan pada 13 September ini di Stadium Tertutup Miri.