LPKP guna iSPKP urusan pelesenan

KUCHING: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)Sarawak kini menggunakan Sistem Pelesenan Kenderaan Perdagangan (iSPKP) sepenuhnya bermula 17 November lalu.

“Sehubungan itu, semua urusan atau proses pelesenan perlu dimohon secara dalam talian menggunakan iSPKP,” kata kenyataan media LPKP Sarawak.

Ini melalui pautan https://portal.ispkp.gov.my/sarawak/ atau laman web rasmi LPKP Sarawak https://www.lpkpsarawak.gov.my/.

Hanya permohonan melibatkan rentas sempadan (Sarawak/Brunei/Sabah), Lesen Perubahan Sementara (LPS) dan pembatalan permit sahaja perlu dibuat dikaunter LPKP Sarawak.

“Sistem iSPKP ini diharap dapat mempercepat dan memudahkan urusan serta mengurangkan keperluan pelesen untuk berurusan di kaunter,” tambahnya.

Sebarang pertanyaan sila hubungi talian LPKP Sarawak 082-412033 (Ibu Pejabat Kuching), 084- 343103 (Cawangan Sibu) dan 085-419876 (Cawangan Miri) atau melalui emel pertanyaan_ispkp@lpkpsarawak.gov.my. Manual pengguna dan FAQ juga turut disertakan melalui pautanĀ https://portal.ispkp.gov.my/sarawak/.