KUCHING: Kerajaan Sarawak memperkenalkan inisiatif bantuan iaitu Projek Pemohon Tambahan atau Lewat (ALAF) di bawah Projek Rakyat.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, ini bertujuan penyambungan bekalan elektrik kepada rumah yang tertinggal atau baharu dibina selepas projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) siap di sesuatu kawasan.
“Penyambungan elektrik di bawah projek ALAF masih diteruskan secara berperingkat. Pemilik-pemilik rumah ini boleh mengemukakan pemohonan ALAF kepada Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi melalui pejabat daerah di kawasan masing-masing.
“Setiap permohonan mesti mendapat pengesahan daripada wakil rakyat setempat,” katanya ketika menjawab soalan daripada ADUN Opar, Billy Sujang, hari ini.
