LAWAS: Seramai 14 warga asing ditahan dalam Operasi Kutip dan Sapu sekitar daerah ini dari 21 hingga 22 Februari lalu.
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam satu kenyataan memaklumkan operasi dilakukan JIM Bahagian Lawas dengan pemeriksaan di kawasan rumah sewa dan premis perniagaan yang dikenal pasti hasil risikan serta maklumat awam.
“Hasil pemeriksaan mendapati 14 individu warga asing ditahan kerana dipercayai melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63,” menurut JIM.
Antara kesalahan dikenal pasti termasuk tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah serta tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.
Semua individu ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Lawas bagi siasatan lanjut dan orang ramai termasuk majikan dan pemilik rumah sewa perlu memastikan warga asing memiliki dokumen sah.
