LHDN perkasa e-Invois libatkan 10,000 syarikat Sarawak

KUCHING: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memperkukuhkan agenda pendigitalan sistem percukaian negara menerusi pelaksanaan e-Invois yang kini memasuki fasa empat, melibatkan kira-kira 10,000 syarikat di Sarawak. Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata, pelaksanaan fasa terbaharu itu merupakan sebahagian daripada inisiatif transformasi percukaian bagi meningkatkan ketelusan, kecekapan serta pematuhan cukai dalam kalangan […]

Mahkamah Tinggi tolak permohonan PETROS cabar dapatkan semula jaminan bank

KUCHING: Mahkamah Tinggi Kuching menolak permohonan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) untuk mencabar mendapatkan semula jaminan bank berjumlah RM7.95 juta daripada Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS). Hakim Datuk Faridz Gohim Abdullah dalam prosiding hari ini memutuskan bahawa tuntutan itu tidak sah dan tidak berperlembagaan. Beliau menegaskan isu yang perlu diputuskan hanya terhad kepada persoalan sama ada tuntutan […]

Projek Perintis Audit dilancar perkasakan tanggungjawab sekitar

KUCHING: Projek Perintis Audit Pematuhan Alam Sekitar untuk sektor pertanian, kuari dan perlombongan dilancarkan hari ini bagi menggalakkan syarikat memikul tanggungjawab terhadap kelestarian alam sekitar secara berterusan. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, projek ini menekankan prinsip kawal selia kendiri, membolehkan industri menilai sendiri tahap pematuhan mereka […]

Persiapan rapi lancarkan penganjuran BIHAS 2026

KUCHING: Mesyuarat khas Jawatankuasa Pengelola Pameran Halal Antarabangsa Borneo (BIHAS) 2026 bagi membincangkan perkembangan terkini serta hala tuju pelaksanaan program tersebut. Mesyuarat tersebut dipengerusikan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di sini, hari ini. Mesyuarat ini memberi ruang kepada ahli jawatankuasa untuk membentangkan perincian pengisian program serta mendapatkan pandangan dan nasihat beliau […]

LCDA agih RM1.78 juta zakat, rai ulang tahun ke-45

KUCHING: Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) memperkukuh komitmennya terhadap pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat menerusi Majlis Iftar LCDA Darul Hana 2026 yang berlangsung di sini malam tadi. Majlis diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun LCDA ke-45 bertemakan “45 Tahun LCDA Bersama Komuniti” disempurnakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Menurut LCDA, […]

Tuntutan keabsahan akta: Sarawak serah kepada mahkamah

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan keabsahan dan tafsiran tiga undang-undang Persekutuan berkaitan sumber asli negeri ini. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, tindakan perundangan tersebut bertujuan mendapatkan penjelasan jelas mengenai kedudukan Akta Pembangunan Petroleum 1974, Akta Pelantar Benua 1966 dan Akta Perlombongan Petroleum […]

Sektor prasekolah perlu bersedia hadapi dasar baharu KPM

KUCHING: Sektor pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak (ECCE) di Sarawak perlu bersedia menyesuaikan diri dengan dasar baharu yang membenarkan kanak-kanak berusia enam tahun memasuki tahun satu bermula 2027. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, dasar yang diperkenal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi pilihan kepada ibu bapa sama ada […]

Ambilan pelajar baharu Kolej SIDMA Sarawak bermula 28 Februari ini

KUCHING: Kolej SIDMA Sarawak akan memulakan ambilan pelajar baharu bagi kemasukan Mac 2026 pada 28 Februari dan 1 Mac ini. Pengambilan pelajar sepanjang tahun itu meliputi pelbagai program yang ditawarkan bermula sijil kemahiran, diploma dan ijazah sarjana muda kepujian yang boleh dimohon bagi pengambilan sesi Mac ini. Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut boleh menghubungi […]

Kecurian elektrik jejaskan pendapatan negara – Fadillah

KUALA LUMPUR: Kegiatan kecurian elektrik bukan sahaja menjejaskan pendapatan negara, malah turut mengancam keselamatan pengguna apabila lebih 5,000 kes dikesan sepanjang tempoh lima tahun kebelakangan ini. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri di Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Amar Fadillah Yusof berkata, sebanyak 5,133 kes kecurian elektrik dari 2021 hingga 2025 direkodkan dengan […]

Masjid, surau Tanjong Datu terima sumbangan Ramadan

​LUNDU: Sebanyak 16 masjid, 26 surau dan penempatan lain sekitar kawasan Tanjong Datu menerima sumbangan di Masjid Pehin Sri Haji Adenan, di sini, semalam. Sumbangan itu bagi melancarkan aktiviti ibadah masjid dan surau terbabit sepanjang Ramadan ini. Pada masa sama, seramai 30 orang asnaf terpilih turut menerima sumbangan untuk membantu meringankan beban mereka di bulan […]