Sambut perayaan ikut model Sarawak saling menghormati

BINTULU: Rakyat Sarawak perlu mengikut model Sarawak yang menyambut perayaan masing-masing dalam suasana saling menghormati. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Prof. Dr Sim Kui Hian berkata, lebih-lebih lagi ketika umat Islam yang kini menyambut Ramadan. “Ini model Sarawak setiap kaum meraikan perayaan sendiri, tetapi pada masa sama saling mengunjungi dan menghormati,” katanya. Beliau berkata demikian […]

Sarawak tunggu kelulusan Parlimen penambahan kerusi DUN

KOTA SAMARAHAN: Cadangan penambahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak daripada 82 kepada 99 kerusi kini masih menunggu kelulusan di peringkat Parlimen sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Dato’ Idris Buang berkata, resolusi berhubung perkara tersebut diluluskan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dan kini bergantung kepada proses […]

Sarawak perhebatkan kesiapsiagaan hadapi Monsun Timur Laut

KUCHING: Kerajaan Sarawak mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) termasuk kemungkinan berlakunya banjir besar seperti tahun lalu. Menurut Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas, semua aset dan agensi terlibat digerakkan secara bersepadu. Beliau berkata, semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat Bahagian dan […]

SOPMA XXII: Sarawak beri insentif kepada pemenang dari 14 negeri

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyalurkan insentif kepada atlet dari 14 negeri yang memenangi pingat pada temasya SOPMA XXII Sarawak pada tahun lalu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, sebelum ini, kerajaan negeri lazimnya hanya memberikan insentif kepada atlet Sarawak yang memenangi acara sukan tertentu. Namun katanya, pada tahun ini […]

Mesyuarat MA63: Sarawak bangkit isu pelaksanaan dasar kesihatan nasional

KUCHING: Sarawak akan membangkitkan beberapa isu berkaitan pelaksanaan dasar kesihatan nasional dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 minggu depan, bagi memastikan dasar tersebut sesuai dengan keperluan negeri. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, menjelaskan bahawa dasar kesihatan peringkat Persekutuan kadang-kadang diterapkan secara menyeluruh tanpa mengambil kira kekangan tenaga kerja dan […]

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal bakal diadakan, bincang formula geran khas kepada Sarawak

KUCHING: Isu pengagihan peruntukan kepada Sarawak kini dalam fasa perbincangan semula, kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali. Katanya, kerajaan negeri meneliti cadangan yang dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan. Beliau berkata setakat ini, tiada keputusan muktamad dicapai dan segala cadangan masih dalam penilaian. Sehubungan itu, […]

Sukan SEA: Kos meningkat untuk pelaburan infrastruktur sukan, bukan pembaziran

ASAJAYA: Kos penganjuran Sukan SEA di Sarawak meningkat bukan kerana pembaziran, tetapi untuk memastikan kemudahan sukan lama dinaik taraf agar selaras dengan standard antarabangsa bagi acara yang bakal diadakan. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sebahagian besar fasiliti sedia ada sudah berusia dan memerlukan pembaikan menyeluruh sebelum […]

Majma’ Raya Fes pacu ekonomi masyarakat

KUCHING: Bau harum kuih-muih tradisional, warna-warni pakaian dan riuh rendah pengunjung menjadikan Majma’ Raya Fes 2026 tempat wajib dikunjungi sepanjang Ramadan hingga malam Aidilfitri. Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), Datu Abg Mohd Shibli berkata, festival ini menghimpunkan 138 gerai usahawan tempatan, sekali gus menghidupkan suasana perayaan di Kuching. “Festival ini menawarkan pelbagai produk termasuk […]

101 penjaja berniaga di Bazar Ramadan SukmaRia 2026

KUCHING: Bazar Ramadan SukmaRia 2026 anjuran e-Mart Xpress Sukma Ria bersama rakan kolaborasi Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) kembali memeriahkan suasana Ramadan tahun ini dengan penyertaan seramai 101 penjaja yang menawarkan pelbagai juadah berbuka. Dari jumlah tersebut, 77 merupakan penjaja makanan, 16 penjaja minuman dan lapan penjaja makanan panggang bermula 19 Februari hingga 20 Mac […]

Sumbangan bakul makanan Ramadan bantu golongan memerlukan

ASAJAYA: Seramai 100 penerima menerima sumbangan bakul makanan menerusi Program Harapan Ramadan YADIM–CIMB Islamic di sini. Penerima terdiri daripada saudara kita dan asnaf di sekitar Daerah Asajaya menerima sumbangan di Masjid An Najah. Sumbangan disampaikan Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang. Dalam ucapannya, beliau berkata usaha seperti […]