SEDC buka enam Bazar Ramadan
KUCHING: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) membuka enam Bazar Ramadan mulai 27 Februari hingga 25 Mac ini. Perasmian pembukaan bazar itu Pengurus Besar SEDC, Datu Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir di Tingkat 1, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuching di sini. Lima lagi Bazar Ramadan itu ialah di UTC Sibu, Menara SEDC Kuching, Medan Niaga Sri […]
COMAC berminat bantu perkukuh sektor penerbangan Sarawak
KUCHING: Syarikat pengeluar pesawat dari China, Commercial Aircraft Corporation of China Ltd. (COMAC) sedang meneroka peluang untuk menjalinkan kerjasama dengan Sarawak. Perkara ini diutarakan semasa mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Premier Sarawak, merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di Wisma Sumber Alam hari ini. Delegasi COMAC yang […]
RM1.6 juta untuk Sejambak Kasih Aidilfitri
KOTA SAMARAHAN: Seramai 16,118 penerima di seluruh Sarawak menerima bantuan sempena Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri 2025 bagi meringankan beban kewangan menjelang Hari Raya. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperuntukkan RM1,611,800 bagi tujuan tersebut. ”Penerima bantuan ini melibatkan pelbagai bahagian di Sarawak, termasuk Kuching seramai […]
Terap nilai integriti dalam budaya kerja
KUCHING: Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Sarawak disaran menerapkan amalan integriti dalam budaya kerjanya. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian berkata, DID Sarawak telah menerima peruntukan tambahan daripada Kerajaan Sarawak bagi memulakan projek-projek pembangunan yang penting di seluruh wilayah ini. Katanya, dengan bilangan kerja untuk DID semakin bertambah, bermakna peruntukannya akan […]
SDGp anjur bengkel pengiktirafan UNESCO Global Geopark
KUCHING: Sarawak Delta Geopark (SDGp) menganjurkan Bengkel Penilaian Kendiri di Hotel Waterfront, di sini mulai 4 hingga 6 Mac 2025. Menurut kenyataan media SDGp, bengkel bagi memastikan semua kriteria ditetapkan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipenuhi ke arah pengiktirafan sebagai UNESCO Global Geopark (UGGp). Bengkel menghimpunkan agensi di bawah Tadbir Urus […]
Sarawak lancar inisiatif pelancongan di ITB Berlin 2025
BERLIN: Sarawak melancarkan inisiatif pelancongan terbaharunya di ITB Berlin 2025, pameran perdagangan terkemuka untuk pelancongan global. Majlis berlangsung semalam (Rabu) dirasmikan Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif & Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dan disaksikan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Dato Sri Tiong King Sing, bersama pemimpin industri, pihak berkepentingan pelancongan […]
Bazar Ramadan ‘Rindok Raya 2025’ bantu peniaga Bumiputera
KUCHING: Bazar Ramadan ‘Rindok Raya 2025’ membantu vendor Bumiputera mempromosikan produk tempatan sekali gus menjana pendapatan pada musim perayaan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki berkata, lebih 80 gerai menawarkan pelbagai jenis makanan, minuman, pakaian dan barangan perayaan. Dalam berniaga, beliau turut mengingatkan peniaga agar menjaga kebersihan dan kualiti makanan demi kebaikan […]
Program Sumbangsih Raya diteruskan, hargai sumbangan anggota keselamatan
KUCHING: Program tahunan Sumbangsih Raya akan diteruskan tahun ini bagi menghargai sumbangan anggota keselamatan, beruniform dan penguatkuasaan yang bertugas semasa Aidilfitri. Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah program anjuran Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak itu bermula sejak 2013 dengan jumlah penerimanya kian meningkat setiap tahun. Jelas Fatimah, majlis […]
Status projek LPB Sarawak fasa satu sudah siap
KUCHING: Status kemajuan Projek Lebuh raya Pan Borneo (LPB) Sarawak bagi Fasa Satu melibatkan sembilan pakej sepanjang 641 kilometer (km) telah siap sepenuhnya setakat Februari tahun ini. Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, daripada keseluruhan 11 pakej, antara pakej yang telah siap termasuklah pakej WPC01 melibatkanTelok Melano ke Sematan sepanjang 33 km […]
RM9.04 bilion bagi projek JALB di Sarawak
KUALA LUMPUR: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah meluluskan sebanyak 98 projek program Jalan Luar Bandar (JALB) di Sarawak. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata, projek terbabit dengan kos keseluruhan berjumlah RM9.04 bilion. “Daripada 98 projek tersebut, 11 projek melibatkan kerja-kerja menaik taraf bekas jalan balak di seluruh Sarawak dengan […]
