Pavillion Sarawak kongsi aspirasi ekonomi digital di Barcelona

BARCELONA: Kerajaan Sarawak melancarkan Pavillion Sarawak secara rasmi sempena Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) Barcelona 2025 yang berlangsung pada 3 hingga 6 Mac ini. Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu Kedua, Datuk Amar Douglas Uggah Embas diberi penghormatan untuk merasmikan pelancaran Pavillion Sarawak itu. Pelancaran itu menandakan pencapaian dalam perjalanan Sarawak […]

Pembangunan Sebauh perlu seiring kemajuan Bintulu

SEBAUH: Pembangunan infrastruktur di daerah ini perlu selari dengan kemajuan pesat bandar Bintulu bagi memastikan penduduk luar bandar turut merasai manfaat pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan sosial. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom berkata, pembinaan seperti jambatan dan jalan raya bukan sekadar meningkatkan kemudahan asas, malah membuka peluang ekonomi. […]

NGO perlu aktif laksana program perkasa bakat, kemahiran wanita

KUCHING: Badan bukan kerajaan (NGO) perlu aktif melaksanakan program-program pemerkasaan untuk membangunkan bakat dan kemahiran golongan wanita. Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 Dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, program tersebut bukan sahaja platform untuk membangunkan wanita, malah dapat digunakan untuk mengetengahkan dasar-dasar kerajaan. Katanya, Premier Sarawak, Datuk Patinggi […]

6,500 djangka sertai IEW 2025

KUCHING: Ekspo dan Sidang Puncak Minggu Tenaga Antarabangsa (IEW) yang dijadual berlangsung pada 15 hingga 17 Julai, 2025 di sini yang bertemakan ‘From Sarawak to the World: Journey to Clean Energy Leadership’ akan mengetengahkan komitmen Sarawak dalam memacu peralihan kepada tenaga bersih global. Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni […]

MA63: 26 tuntutan dibincang

KUALA LUMPUR: Setakat ini, 26 tuntutan oleh Kerajaan Negeri Sarawak telah dibincang di bawah platform perundingan Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63). Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, lapan daripada 26 tuntutan itu telah selesai sepenuhnya, dua selesai sebahagian, tiga telah mempunyai keputusan dasar, lapan dalam perbincangan dan lima tuntutan yang dirujuk […]

Australia-Sarawak jalin kerjasama sektor penyimpanan tenaga

KUCHING: Australia menandatangani perjanjian kerjasama dengan Sarawak dalam sektor penyimpanan tenaga bagi membantu memenuhi keperluan tenaga negeri ini pada masa hadapan. Perkara itu dijelaskan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Danielle Heinecke kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia (WBM) di sini, […]