PDP sedia lebih banyak ruang pada wanita dan pemuda

BINTULU: Sayap Wanita dan Pemuda Parti Demokratik Progresif (PDP) Samalaju Cawangan Stanpipe, Sungai Plan dan Kidurong Avenue telah dilancarkan di Dewan Suarah, di sini, hari ini.

Presiden PDP Datuk Sri Tiong King Sing, berkata pelancaran itu satu permulaan kepada lebih banyak usaha untuk memperkasa wanita dan belia dalam arena politik serta pembangunan setempat.

“PDP komited untuk menyediakan lebih banyak ruang kepada golongan ini bagi memainkan peranan lebih besar dalam membentuk masa depan parti dan masyarakat,” katanya.

Amanat itu disampaikan oleh Timbalan Presiden PDP, Datuk Henry Harry Jinep, semasa merasmikan program hari keluarga dan pelancaran sayap terbabit.

Turut hadir Ahli Majlis Tertinggi (MT) PDP merangkap Ketua Bahagian PDP Samalaju, Hillary Mawan Antar; Ketua Wanita PDP, Agnes Jonep; Ketua Bahagian PDP Tanjong Batu, Kong Ngiou Kwong; Ketua Bahagian PDP Jepak, Banyang Dato serta Timbalan Ketua Pemuda PDP, Yiak Chiong Wei.