Pemain sepak takraw wanita Sarawak raih pingat perak kedua

BINTULU: Pemain sepak takraw wanita Sarawak mendapat satu lagi pingat perak dalam perlawanan akhir acara quadrant wanita pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Mereka terdiri daripada Anisclen Sophillia Siam Saliman dan Jeremiah Josiah Rolland di posisi Killer, Victoria Dibah Engkau di posisi Feeder serta Willcemina Lengi Au Anjan sebagai tekong.

Dalam pusingan akhir itu, mereka ditewaskan pemain Sabah di Gelanggang A Stadium Muhibah, di sini, petang tadi.

Ini merupakan pingat perak kedua
pasukan sepak takraw wanita Sarawak selepas memenangi pingat perak dalam acara Berpasukan Wanita.

Pingat gangsa acara quadrant wanita dimenangi oleh Pulau Pinang setelah menewaskan Perak dengan keputusan 2-0.