KUALA LUMPUR: Inovasi, penjanaan elektrik, automasi dan pendigitalan akan menjadi asas bagi Malaysia mencapai kelestarian tenaga pada masa hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri.
Dato Sri Fadillah Yusof berkata, inisiatif dasar inovasi itu akan menyokong matlamat mencapai neutraliti karbon menjelang 2050.
Di samping itu, mewujudkan peluang ekonomi lebih luas dengan anggaran pelaburan berjumlah RM40 bilion pada 2035 dan 50,000 pekerjaan, katanya merasmikan sidang puncak Kelestarian Tenaga Antarabangsa (ISES) Ke-6 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, Kerajaan mengakui sektor tenaga adalah penggerak penting dalam pembangunan dan pertumbuhan ekonomi.
Dalam usaha meningkatkan pencapaian peralihan tenaga, katanya, kerajaan komited menambah saham dalam kapasiti Tenaga Diperbaharui (RE) dengan bekalan tenaga negara kepada 40 peratus menjelang 2035 dan 70 peratus pada 2050 seperti digariskan dalam NETR.
Beliau menegaskan, dengan kapasiti 26 peratus tenaga diperbaharui (RE) sekarang, pembangunan dalam teknologi dan kesepaduan amat penting untuk mencapai sasaran Forum Ekonomi Dunia yang mengutamakan ‘masa depan tenaga adalah diperbaharui dan inovasi akan memacu perubahan’.
Menurut Fadillah, peralihan tenaga itu membabitkan daripada batu arang untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan mengurangkan penjanaan tenaganya serta menghentikan
pembinaan loji tenaga batu arang baharu menjelang 2030.
Laporan Kesan Penilaian Alam Sekitar (IEA), tambahnya, menunjukkan ‘peralihan daripada batu arang penting untuk mengurangkan pelepasan karbon global dan menghadkan kenaikan suhu’.
Beliau berkata, untuk memudahkan dagangan rentas sempadan, Malaysia akan mewujudkan kesepaduan dan kecekapan infrastruktur elektrik yang memberi manfaat kepada Malaysia dan negara jiran.
Meningkatkan fleksibiliti grid melalui pelaburan dalam grid pintar, pendigitalan dan sistem penyimpanan tenaga, dengan matlamat meningkatkan 20 peratus dalam fleksibiliti grid menjelang 2035, katanya, akan mempercepatkan kapasiti kesepaduan RE lebih luas.
Fadillah berkata, memupuk perdagangan tenaga diperbaharui rentas sempadan akan mengeratkan kerjasama wilayah dan membangunkan grid tenaga serantau bagi menjamin bekalan tenaga untuk negara ASEAN.
“Penjanaan elektrik baharu langkah penting untuk mengurangkan pelepasan karbon kerana menjangka jumlah penduduk Malaysia melebihi 40 juta orang dan ekonomi meningkat tiga kali ganda menjelang 2050, katanya.
“Kita harus memastikan penambahan tenaga baharu sejajar dengan sistem pelepasan bersih sifar sambil menggantikan bekalan tenaga sedia ada dengan alternatif rendah karbon,” tegas beliau.
Begitu juga automasi dan pendigitalan yang dipacu oleh Revolusi Perindustrian Empat (IR 4.0) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 untuk meningkatkan pengeluaran dan mengoptimumkan sistem tenaga, tambahnya.
Apabila permintaan ke atas tenaga terus meningkat, katanya, pembangunan teknologi akan digerakkan oleh sumber diperbaharui bersepadu, menambahbaik pengurusan grid dan mempercepatkan peralihan kepada landskap tenaga mampan.
Dengan menggunakan teknologi pendigitalan, katanya, Malaysia boleh mengoptimumkan penggunan tenaga dengan bijak menggunakan AI dan kemajuan analitik untuk menjimatkan tenaga, meningkatkan prestasi peralatan dan mengurangkan pembaziran tenaga ke arah ekosistem tenaga lebih cekap.
Malaysia menjangkakan inisiatif dasar inovatif itu akan menyokong matlamat Malaysia mencapai neutralasi karbon menjelang 2050, katanya.
Kerajaan, katanya, sedar mengenai peningkatan permintaan tenaga hijau sebagai peluang meningkatkan ekonomi dengan membangunkan rangkaian nilai industri tenaga diperbaharui.
Matlamatnya untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI) dalam persekitaran mesra pelaburan serta menggalakkan pemain industri untuk mengembangkan operasi mereka dan merangka pelaburan nilai tinggi hijau.
Beliau percaya dengan memperluaskan dasar dan perundangan, Malaysia boleh merebut peluang pelaburan ini.
Untuk tujuan itu, beliau menggesa agensi kerajaan dan syarikat utiliti mempercepatkan usaha membangunkan industri tenaga dengan kos kompetitif menjalankan perniagaan dan lebih penting menyelaraskan proses birokrasi.
Ini penting untuk membangunkan daya siang sektor tenaga Malaysia di peringkat wilayah dan global.
Komitmen Malaysia untuk membangunkan sektor bekalan elektrik dan meningkatkan usaha kerajaan kepada peralihan tenaga, beliau berkata, negara akan terus meningkat dan mempercepatkan pelaksanaan mekanisme grid terbuka, mempercepatkan peningkatkan ases kepada tenaga hijau untuk perniagaan melalui pihak ketiga atau perjanjian pembelian tenaga korporat.
GAMBAR: Fadillah Yusof
