Projek RTP bukti komitmen kerajaan bangunkan kawasan luar bandar

SEMATAN: Sebanyak enam projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) di kawasan Tanjong Datu diserahkan pada hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan menyempurnakan majlis penyerahan projek terbabit yang merupakan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam di kawasan Tanjong Datu.

​Antara projek itu yang siap ialah naik taraf tempat letak kereta Dewan Kampung Sebat Baru, Sematan dan naik taraf Balai raya Kampung Pueh Kenek, Sematan di bawah agensi pelaksana Majlis Daerah Lundu (MDL).

Selebihnya, projek baharu mula dan sedang dalam pelaksanaan iaitu projek naik taraf perparitan di Lorong 18, Kampung Sebat Baru, Sematan dan naik taraf perparitan di Kampung Siru Dayak, Sematan di bawah agensi pelaksana Jabatan Pengairan dan Saliran (DID)

Manakala, dua projek di bawah agensi pelaksana Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu Naiktaraf Rumah Panjang Bidayuh Salako Kampung Pueh, Sematan dan Bina Baru Balai Raya Kampung Sungai Kilong, Sematan.