Pantai Pugu strategik bagi program pemuliharaan penyu

LUNDU: Sarawak Forestry Corporation (SFC) menganjurkan program tapak penetasan telur penyu dan pelepasan anak penyu di Pantai Pugu, di sini, semalam.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh merasmikan program terbabit yang turut
menekankan kepentingan kerjasama antara kerajaan, agensi pelaksana dan masyarakat setempat.

Ini dalam memastikan keberkesanan usaha pemuliharaan biodiversiti marin kerana Pantai Pugu dikenal pasti sebagai salah satu lokasi pendaratan penyu untuk bertelur.

Ini menjadikan pantai itu kawasan strategik pelaksanaan program pemuliharaan penyu yang penting dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem marin, selain menyumbang kepada kesihatan terumbu karang dan habitat laut.

Turut hadir Pengurus Besar SFC Controller Hidupan Liar Controller Taman Negara dan Rizab Semulajadi; Abang Arabi Abang Aimran, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP); Morshidi Fredrick, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (MUDeNR); TPr. Wan Sufian Wan Mustapha, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Abang Aziz Abang Draup yang mewakili ADUN Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan Satem.