Sarawak wujud pangkalan data usahawan

KUALA LUMPUR: Kerajaan Sarawak sedang dalam pelaksanaan mewujudkan PangkalanData Pembangunan Usahawan Sarawak (SEDD), kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau berkata, SEDD itu diwujud melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED).

Ia memerlukan kerjasama daripada agensi-agensi untuk berkongsi data sedia ada di antara satu sama lain, katanya semasa menghadiri Mesyuarat Pembangunan Keusahawanan Nasional (MPKN) Bil 1/2024 di sini hari ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick dan turut dihadiri oleh exco-exco dan wakil dari setiap negeri.

Awang Tengah berkata, Pembangunan PMKS dan keusahawanan di Sarawak dengan Semenanjung dan Sabah tidak sama, dan pendekatan yang berbeza hendaklah digunakan.

Hadir sama pada mesyuarat tersebut Penasihat MINTRE, Dato Sri Naroden Majais.