KUCHING: Sektor perniagaan karbon akan menjadi industri utama membolehkan Sarawak untuk menarik lebih banyak pelaburan ke negeri ini.
Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr. Hazlang Abang Hipni berkata, industri merangkap, penggunaan dan penyimpangan karbon (CCUS) di Sarawak selamat kerana terletak di luar Lingkaran Api serta memiliki ruang luas penyimpanan di telaga yang ditinggalkan.
Perbincangan lanjut bersama kementerian dan pemain industri antarabangsa hendaklah diadakan berkaitan Undang-undang dan Peraturan pengangkutan, penyuntikan dan pengawasan ruang penyimpangan, katanya.
Beliau dijemput menghadiri Persidangan Baker Hughes Energy dan Mesyuarat Tahunan di Florence, Itali pada 28 hingga 31 Januari 2024.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, pada persidangan itu, Baker Hughes memberi penjelasan mengenai cara mengendalikan program CCUS.
Baker Hughes mempunyai penyelesaian bagi CCUS terutama dari segi pengawasan digital ruang simpanan.
CCUS mungkin satu-satunya cara bagi Sarawak menangani 25 peratus kadar sumber perlepasan gas industri yang tidak boleh dielakkan dengan memindahkan bahan bakar disebabkan perlepasan itu adalah dari bahan bakar fosil dalam pemprosesan perindustrian menggunakan gas atau minyak asli.
Sungguhpun memiliki sejarah panjang dan kematangan rendah, penggunaan teknologi perangkap karbon masih memerlukan penyelidikan berterusan. Pengilangan masih memerlukan campuran teknologi karbon untuk mengurangkan sumber perlepasan dan mencapai matlamat iklim pada abad akan datang sama ada di US, China, Europah atau Asia.
Baker Hughes akan terus melabur bagi mencari teknologi terbaharu iaitu Perangkap Udara secara terus dan kebersihan tenaga sebagai misalan.
Mengikut Penilaian Kesan Alam Sekitar (IEA), 75 peratus pengurangan perlepasan karbon adalah dari teknologi sama ada dalam bentuk prototaip atau fasa demonstrasi yang belum digunapakai.
