MUKAH: Dendangan lagu Melanau, Reti Udipan (Erti Kehidupan) membawa tuah kepada Nizam Putit apabila dinobatkan johan Pertandingan Akhir Karaoke Melanau Idol 2024 sempena Kaul Mukah 2024 yang diadakan malam tadi di Tapak Kaul, Pantai Kala Dana Mukah.
Kejayaannya anak jati Mukah yang mengatasi sembilan pencabar lain itu membolehkan beliau membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,200 beserta trofi.
Sementara itu, Allan Ezra Maradona yang mewakili Dalat di temat kedua untuk membawa pulang wang tunai bernilai RM800.
Manakala, Taha Ariffin dari Kabong membawa pulang RM500 selepas memenangi tempat ketiga.
Majlis penyampaian hadiah dirasmikan Timbalan Menteri Ekonomi merangkap Ahli Parlimen Mukah, Dato Hanifah Hajar Taib.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi dan ADUN Tellian Royston Valentine.
Seramai 20 peserta mengambil bahagian dalam peringkat saringan yang disertai daripada pelbagai peringkat usia bermula sembilan hingga 53 tahun.
Daripada jumlah ini, hanya 10 peserta berjaya ke peringkat akhir termasuk seorang peserta cilik dan seorang wanita.
Pertandingan ini merupakan anjuran Persatuan Melanau Sibu sempena Kaul Mukah 2024.
