PUTRAJAYA: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg antara pemimpin menghadiri pertemuan dua hala antara Malaysia dan Jepun di Kompleks Perdana Putra, di sini, hari ini.
Rombongan Kerajaan Sarawak turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.
Pertemuan pemimpin terbabit diketuai Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba.
Ini bagi membincangkan beberapa isu berkaitan hubungan Malaysia-Jepun dan juga menyentuh bidang perdagangan dan pelaburan, pembangunan sumber manusia, dan kerjasama tenaga.
Siri lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri Jepun itu juga merupakan lawatan pertama beliau ke negara ini sejak memegang jawatan pada Oktober tahun lalu. – UKAS
