Produk penghuni penjara di MyPRIDE Fair Zon Sarawak 2026

MIRI: Program MyPRIDE Fair Peringkat Zon Sarawak 2026 yang membantu penghuni penjara mengetengahkan produk keluaran mereka dirasmikan di PermyMall, di sini, hari ini.

Antara produk yang dipamerkan termasuk songket, batik, perabot, simen fero, hasil kimpalan, pastri serta makanan sejuk beku.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Dr Ripin Lamat berkata, program itu juga berperanan sebagai medium meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap kemampuan mereka untuk berubah serta menyumbang kepada pembangunan negara.

“Pelbagai latihan kemahiran termasuk program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), industri dan keusahawanan yang dilaksanakan telah membuka peluang kepada penghuni penjara memperoleh kemahiran yang boleh dimanfaatkan apabila kembali ke dalam masyarakat,” katanya pada majlis perasmian program tersebut.

Dr Ripin juga berharap program seumpama MyPRIDE Fair akan terus diperkasakan dan diperluaskan pada masa hadapan bagi membuka lebih banyak peluang pemasaran.

Selain itu, jaringan perniagaan serta keusahawanan kepada penghuni dan bekas penghuni penjara.