BETONG: Program Sarawak Kita Empun 3.0 Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memfokuskan perkongsian strategik serta pemahaman mengenai inisiatif pembangunan Kerajaan Sarawak melalui Strategi Pembangunan Pasca-Covid-19 (PCDS) 2030.
Program tersebut menampilkan beberapa sesi perkongsian barisan kepimpinan tertinggi wanita.
Ia bertujuan memastikan ahli-ahli di peringkat cawangan peka terhadap pembangunan serta pelbagai jenis bantuan oleh Kerajaan Sarawak.
Majlis penangguhan program disempurnakan Timbalan Premier Sarawak yang juga Timbalan Yang di- Pertua Parti PBB merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Dewan Masyarakat Spaoh di sini, hari ini.
Program Sarawak Kita Empun 3.0 itu merupakan bukti komitmen berterusan wanita parti dalam memastikan setiap ahli dilengkapi ilmu pengetahuan mengenai dasar-dasar Kerajaan Sarawak demi kesejahteraan rakyat.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Ahli Parlimen Betong, Dato Dr. Richard Rapu, Ahli Dewan Negara, Senator Susan Chemerai Anding, ADUN Lingga merangkap Penolong Ketua Penerangan Wanita, Dayang Noorazah Awang Sohor, Timbalan Ketua Pergerakan Wanita, Dato Angelina Ujang, Bendahari Pergerakan Wanita merangkap Setiausaha Politik Premier Sarawak, Dr. Dayang Nurfizawati Abang Abdul Karim, Penolong Setiausaha I merangkap Setiausaha Politik Premier Sarawak, Fridah Osman dan Penolong Setiausaha II merangkap Setiausaha Politik Premier Sarawak, Roseline Mapong hadir sama.
Sementara itu, Ketua Wanita Cawangan N.37 Bukit Saban, Natasha Nasa Uggah membentangkan topik
hala tuju Sarawak untuk menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
