LAWAS: Projek pembinaan pusat Akuatik Lawas di Komplek Sukan Lawas mengalami sedikit kelewatan.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala berkata, pihak pemaju mengaku projek ini terlewat daripada jadual sekitar 30 peratus.
“Tapi mereka memberitahu akan berusaha untuk menyiapkan pada hujung bulan Disember nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu diiringi Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong dan Pengarah Agensi Wilayah Pembangunan Utara Sarawak(NRDA) Datu Ubaidillah melawat ke projek itu di sini, semalam.
Gerawat turut melawat projek Jambatan Bandar Lawas yang berjaya mendahului jadual dan dijangka boleh dirasmikan pada hujung tahun ini.
Beliau berpuashati dengan kerja pihak kontraktor yang amat kemas dan memiliki pengalaman baik dalam menyiapkan jambatan ikonik di sini.
