Sahsiah, disiplin dan nilai murni ukuran kejayaan murid

BINTULU: Kejayaan murid di peringkat sekolah rendah perlu diukur bukan sahaja melalui pencapaian akademik mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata kejayaan itu perlu juga diukur dari pembinaan sahsiah, disiplin dan nilai murni.

“Sahsiah, disiplin dan nilai murni yang akan membimbing mereka menghadapi cabaran kehidupan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyerahkan dua cek bantuan dana berjumlah RM200,000 disalurkan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) kepada Sekolah Kebangsaan (SK) St. Anthony di sini, hari ini.

Bantuan diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan SK St. Anthony Fr Lee Yun Ming untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran kondusif dan berkualiti di sekolah itu.