Sarawak bakal miliki velodrom, hab sukan moden akan dibangun

KUCHING: Velodrom pertama Sarawak bakal menjadi kenyataan apabila tanah bersebelahan Kompleks Sukan Sarawak hampir berjaya diambil alih.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia membabitkan kawasan seluas kira-kira 24.28 hektar.

Tapak itu katanya, akan dibangunkan sebagai hab sukan lengkap termasuk trek BMX dan kemungkinan kemudahan sukan lain seperti ragbi, bergantung perancangan selepas Sukan SEA 2025.

“Projek ini dijangka meningkatkan prestasi dan minat sukan berbasikal termasuk bagi atlet junior dari Semenanjung Malaysia,” katanya pada Majlis Penghargaan dan Makan Malam Persatuan Berbasikal Sarawak malam tadi.

Pada masa sama katanya, kementerian juga telah menghantar lebih 20 pegawai ke Sukan SEA Thailand untuk mempelajari pengurusan acara sebagai persediaan Sarawak menjadi tuan rumah bersama Sukan SEA 2027.

“Langkah ini katanya, bertujuan memastikan negeri bersedia dari segi kemudahan media, pengurusan acara dan pelbagai aspek teknikal lain.