KUCHING: Permintaan barangan dan perkhidmatan halal di Sarawak dijangka meningkat dengan perbelanjaan global mencecah 2.8 trilion Dolar Amerika Syarikat (USD) menjelang 2025.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata disebabkan itu, Sarawak komited menjadi sebahagian rantaian bekalan ekonomi global Islam untuk menyediakan produk dan perkhidmatan halal.
“Pada masa sama, sebagai persediaan untuk menangani perubahan iklim dan keselamatan makanan,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala Forum Perniagaan Muslim Global (GMBF) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, malam tadi.
Majlis itu turut dihadiri oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden Republik Indonesia Profesor Dr Ma’ruf Amin.
Sehubungan itu, Abang Johari menggesa agar negara Islam lain menerima pakai teknologi terkini dalam meningkatkan kemajuan di negara masing-masing.
Beliau turut menyaran agar pemimpin dunia Islam menerokai penggunaan teknologi dan menjadi pemain yang mampan.
“Kerjasama, di dalam dan di luar ekonomi ini adalah penting bagi menangani cabaran bersama dan memanfaatkan peluang.
“Inisiatif seperti pelaburan bersama, perkongsian teknologi dan pemindahan pengetahuan bole memberi sumbangan ketara dengan ketara ekonomi,” katanya.
GAMBAR:JABATAN PREMIER SARAWAK
