Sidang Parlimen: Perjumpaan rutin Premier, Ahli Parlimen GPS

KUALA LUMPUR: Sesi perjumpaan bersama Premier Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dengan Ahli-Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) berlangsung di sebuah hotel di sini, pada malam ini.

Sesi perjumpaan Premier yang juga Pengerusi GPS itu turut dihadiri Senator daripada GPS. Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman.

Majlis tersebut merupakan perjumpaan rutin biasa setiap kali persidangan Parlimen diadakan.

Pada hari ini, Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat, Parlimen Ke-15 berlangsung sehingga 4 Disember depan.

Persidangan pada kali menyaksikan pembentangan Belanjawan 2026 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.