Tanah runtuh, jalan terputus di Serian, kerja baik pulih dilaksana

https://jiwabakti.com.my/wp-content/uploads/2026/01/1000002708-3.jpg

SERIAN: Sebanyak lapan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Bahagian Serian setakat ini.

Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, PPS terbabit melibatkan Balai Raya Kampung Betong Kenawit, SK Tanah Merah, Kampung Sungai Turong dan Dewan Serbaguna Kampung Lintang Baru.

Seterusnya di Dewan Taman Duranda Emas, SK St. Peter Simpuk, Dewan Serbaguna Kampung Kerumboi, Dewan Kampung Rimba Padi serta Dewan Sri Tok Nan di Kampung Seniawan Jepon.

“Kita turut menerima laporan melibatkan 15 kejadian tanah runtuh dan 13 laluan jalan terputus,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media semasa melawat beberapa PPS di Bahagian Serian, di sini, hari ini.

Uggah berkata, beliau mengadakan perbincangan dengan Jurutera Bahagian dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Serian dan pasukan berkaitan digerakkan bagi melaksanakan kerja pembersihan serta pembaikan jalan di kawasan terbabit.

Beliau turut menyifatkan kejadian banjir kali ini sebagai antara paling teruk dan berlaku di luar jangkaan, khususnya di kawasan Serian