Tanda sokongan, ADUN Tellian hulurkan sumbangan pada Kelab Kebudayaan SMK Three Rivers

MUKAH: Kelab Kebudayaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Three Rivers menerima sumbangan sebagai sokongan penyertaan pelajar ke pertandingan tarian peringkat Sarawak di Miri nanti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menyumbangkan RM5,000 itu
melalui Program Fifty7talent di bawah Biro Pendidikan Mukah.

“Sumbangan ini sebagai meningkatkan semangat dan keyakinan pelajar.

“Malah, ini adalah tanda sokongan supaya pelajar lebih yakin mengukir kejayaan di pelbagai peringkat,” katanya semasa penyampaian sumbangan di SMK Three Rivers Mukah di sini, semalam.

Semangat dan disiplin yang ditunjukkan oleh kelab kebudayaan sekolah berkenaan mencerminkan potensi untuk bersaing di peringkat negeri, katanya.

Sumbangan tersebut disampaikan dalam sesi ringkas yang turut dihadiri Pengetua sekolah, Donny Dahlan dan Timbalan Pengerusi Biro Pendidikan Mukah, Shazwan Serun.