Urban Art Mural Dock Lane pamerkan warisan, budaya Sarawak

KUCHING: Urban Art Mural di Dock Lane di sini, merupakan satu lagi usaha Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) untuk
memperindahkan landskap bandar serta memperkukuh identiti warisan dan budaya tempatan.

Projek mural ini menampilkan pendekatan seni kontemporari berinspirasikan gaya “stained glass”menampilkan garisan terperinci dan warna jelas, sekali gus menghasilkan visual menarik dan mengekalkan nilai estetika sepanjang masa.

Perasmian disempurnakan Menteri
Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan dan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Mural ini bukan sekadar elemen estetika, malah berfungsi sebagai medium penceritaan yang merakam sejarah serta
perkembangan kehidupan di Tebingan Sungai Kuching.

Mural ini dihasilkan pelukis terkenal, Jagung atau nama sebenar, Kong Chak Kiong dan siap sepenuhnya 13 Januari 2026 setelah proses pelaksanaan hanya mengambil masa selama 10 hari.

Dengan mengangkat tema “Left to Right Flow: The Timeline of Kuching’s Waterfront Legacy”, mural ini menggambarkan
evolusi Kuching sebagai sebuah bandar pelabuhan yang kaya dengan sejarah dan budaya.

Bahagian permulaan mural memperlihatkan bot-bot tradisional seperti penambang dan kapal layar yang menyusuri Sungai Sarawak, sebagai simbol kepada
permulaan aktiviti perdagangan maritim sejak era Brooke.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Untuk Agensi Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Datuk Bandar Kuching Utara, Dato Hilmy Othman hadir sama.

Ini diikuti dengan gambaran Brooke Dockyard yang diperincikan dengan elemen seperti kren dan kapal Seri Sarawak, mencerminkan kegemilangan industri pembinaan kapal dan kejuruteraan di Sarawak suatu ketika dahulu.