Usahawan kecil DUN Satok terima bantuan mesin, peralatan

KUCHING: Bantuan peralatan untuk usahawan kecil mampu membantu 20 pengusaha agromakanan di Satok untuk mengembangkan perniagaan masing-masing.

Mereka antara penerima menerima mesin serta kelengkapan perniagaan menerusi Program Dana Fasilitasi Pertanian (AFF) menerusi fasa kedua.

Majlis penyerahan bantuan peralatan itu disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Datuk Ibrahim Baki di Pusat Khidmat DUN Satok di sini, hari ini.

Ibrahim yang juga Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy & PETROS) berkata, program bantuan Kerajaan Sarawak kepada usahawan pertanian itu membabitkan anggaran kos sebanyak RM332,830.

Bantuan itu berupa mesin dan peralatan seperti pengisar, penghiris daging, mesin pengadun kek, ketuhar dan lain-lain.

“Fasa kedua pembangunan usahawan di kawasan Satok memberi tumpuan kepada pengukuhan kapasiti pengeluaran serta peningkatan kualiti produk industri kecil dan sederhana berasaskan makanan.

“Bantuan lain seperti peti sejuk beku serta mesin penghancur kelapa mampu membantu mempercepatkan proses pengeluaran dan meningkatkan kecekapan operasi harian usahawan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyerahan sumbangan berkenaan.

Ibrahim menjelaskan, majoriti penerima terdiri daripada pengusaha kecil yang aktif menghasilkan kuih-muih tradisional serta produk agromakanan tempatan, sekali gus mencerminkan potensi besar sektor ini sebagai sumber pendapatan utama komuniti setempat.

Tambah beliau, usahawan yang dipilih berdasarkan kelayakan serta potensi untuk mengembangkan perniagaan masing-masing.

Sementara itu, seorang penerima bantuan, Zaleha Afran dari berkata bantuan itu sekurang-kurangnya dapat membantu melancarkan bisnes pemprosesan makanan yang diusahakannya.

“Alhamdulilah. Terima kasih YB (Ibrahim) dan Jabatan Pertanian Bahagian Kuching,” katanya.

Manakala, Suria Dewi Rosli, dari Kampung Segedup yang menerima bantuan mesin pengisar menzahirkan rasa syukur.

Beliau yang mengusahakan perniagaan pemprosesan kacang botak menyifatkan bantuan itu memudahkan kerjanya.

Sementara itu, seorang penerima bantuan, Zaleha Afran dari Kampung No.3 berkata bantuan itu sekurang-kurangnya dapat membantu melancarkan bisnes pemprosesan makanan yang diusahakannya.

“Alhamdulilah. Terima kasih YB (Ibrahim) dan Jabatan Pertanian Bahagian Kuching,” katanya.

Manakala, Suria Dewi Rosli, dari Kampung Segedup yang menerima bantuan mesin pengisar menzahirkan rasa syukur.

Beliau yang mengusahakan perniagaan pemprosesan kacang botak menyifatkan bantuan itu memudahkan kerjanya.

Dayang Norashila Awang Mohd juga dari Kampung Segedup, menzahirkan rasa syukur kerana bantuan mesin pembersih buah dan sayur itu memudahkan dan mempercepatkan urusannya.