Wanita pemangkin kemajuan negara

KUCHING: Golongan wanita memainkan peranan penting sebagai tiang seri keluarga dan pemacu kemajuan di negara ini.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata keupayaan wanita dalam mendidik, memimpin dan menyumbang dalam pelbagai bidang menjadikan dunia semakin maju dan sejahtera.

“Setiap usaha, pengorbanan dan kecekalan wanita harus terus dihargai serta diberikan sokongan yang sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan Hari Wanita bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

Dalam pada itu, beliau berharap golongan wanita akan terus melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan, diberikan peluang yang adil dan terus memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan yang lebih baik.