KUCHING: Perangkaan di Malaysia termasuk Sarawak, menunjukkan seorang daripada sembilan wanita di negara ini berisiko menghidap kanser payu dara sepanjang hayat mereka.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatmah Abdullah berkata, kanser payu dara lebih daripada diagnosis klinikal.
Apabila seseorang wanita menghidapnya, ia turut memberi kesan kepada anak-anak, corak kehidupan dan kesejahteraan keluarga, katanya dalam ucaptama sempena Persidangan Saintifik dan Perhimpunan Agung Pertubuhan Pencegahan Kanser Payu Dara Asia Pasifik (APOCP) Ke-13 di sini, hari ini.
Beliau berkata, jagaan kesihatan payu dara hendaklah juga mengambil kira kepentingan keselamatan dari segi budaya.
Ia memerlukan lebih daripada hanya bergantung kepada risalah, katanya.
Beliau menegaskan, jagaan kesihatan itu juga harus menyediakan keperluan untuk mempercayai kepercayaan tempatan, susunan keluarga, amalan berkomunikasi dan konsep kesihatan dan kesejahteraan masyarakat peribumi.
Keselamatan berasaskan budaya dan latihan kompetensi perlu dijadikan sebahagian daripada bahagian penting penyediaan kakitangan jagaan kesihatan yang berkhidmat kepada pelbagai masyarakat, katanya.
Sekiranya perlu, amalan tradisional, penyertaan keluarga dan keperluan rohani hendaklah dihormati, kecuali mereka tidak bertolak ansur ke atas keselamatan pesakit atau jagaan berasaskan bukti, tegas beliau.
Menurut Fatimah, keselamatan dari segi budaya tidak boleh dicapai oleh penyedia jagaan kesihatan tetapi memerlukan masyarakat peribumi bersuara cara program jagaan kesihatan dibentuk, disampai dan dinilaikan.
Fatimah menegaskan, kerajaan juga perlu membina sistem jagaan kesihatan untuk membolehkan setiap wanita mudah akses kepada keperluan mereka tanpa mengira di mana mereka berada atau keadaan yang terpaksa ditempuhi.
Di Sarawak, katanya keadaan geograpi tidak harus menyekat wanita untuk mendapat rawatan kerana kanser payu dara kekal sebagai satu daripada jagaan kesihatan penting kepada wanita.
Kerajaan, katanya, juga hendaklah memperluaskan rawatan selain menganjur kempen kesedaran dan menyedia rawatan jagaan sepenuhnya.
