BINTULU: Yayasan Bintulu Port menaja kelengkapan sekolah bagi 200 murid dalam Program Kembali Ke Sekolah 2025 – Bintulu Port.
Murid keluarga berpendapatan rendah dari tiga sekolah rendah terpilih ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru, SK Orang Kaya Mohammad dan SK Tanjung Batu.
Mereka dibawa ke pasar raya terpilih untuk memilih barangan seperti beg galas, alat tulis, pakaian seragam, kasut dan stokin dengan bimbingan guru pengiring dan sukarelawan dari kakitangan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB).
Pengurus Besar Perhubungan Pihak Berkepentingan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB), Maslihah Tioh berkata, program ini bermula sejak 2012.
“Kami berharap usaha ini dapat menaikkan semangat mereka untuk kekal di sekolah sehingga tamat pembelajaran,” katanya ketika mewakili Ketua Pegawai Eksekutif BPHB, Ruslan Abdul Ghani pada program itu, di sini, hari ini.