Year: 2024

GJPBS sedia latihan pada jurutera

KUCHING: Pusat Latihan Gabungan Jurutera Perunding Bumiputera Sarawak (GJPBS) akan menjadi platform menyediakan latihan kepada jurutera di bawah gabungan itu serta sebagai pusat penyelidikan dan pusat makmal ujian. Pengerusi (GJPBS), Ir. Irwan Zulkarnain Muhammad Hasbie berkata, pihaknya sedang mengenal pasti tapak sesuai untuk pembinaan pusat latihan tersebut. “Tujuan utama ialah untuk menyediakan latihan kepada jurutera-jurutera, […]

Tiga acara antarabangsa di Kuching Oktober depan

KUCHING: Pelbagai acara muzik, perlumbaan dan sukan antarabangsa bakal berlangsung, di sini, Oktober depan. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, antaranya ialah seperti Festival Muzik Borneo Sonic, Pertandingan Bot Naga Antarabangsa dan Kejohanan Pickle Ball Antarabangsa. Beliau berkata, dengan acara terbabit pihaknya mensasarkan Sarawak menerima seramai empat juta […]

PPRMS: 33 projek baik pulih rumah DUN Satok dilaksana

KUCHING: Sebanyak 33 projek membaiki rumah dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, di sini, setiap tahun. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki berkata, projek ini melalui dana Program Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) yang diperoleh menerusi Kerajaan Sarawak. “Setakat ini kita sudah membina beberapa rumah, salah satunya di Kampung Segedup […]

BDDA pelajari sektor pertanian Thailand

BANGKOK: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengetuai ahli jawatankuasa pemandu projek inovasi dan sosioekonomi Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) dalam lawatan sambil belajar selama seminggu ke Thailand. Bersama rombongan Uggah yang juga Pengerusi BDDA dalam lawatan itu ialah dua Ahli Parlimen, tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di bahagian Betong serta pegawai […]

Perarakan perahu berhias serikan Hari Kebangsaan

SIMANGGANG: Perarakan 40 perahu berhias yang menyelusuri Sungai Batang Lupar di sini memeriah dan menyerikan sambutan Hari Kebangsaan peringkat Bahagian Sri Aman semalam. Jurucakap jawatankuasa penganjur berkata, kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan di sini tahun ini lebih menyerlah berbanding disertai 35 perahu pada tahun lalu. Malah sambutan kali ini, katanya, turut menyaksikan penyertaan daripada Persatuan Nelayan […]

SK Nanga Bena perlu dibina semula demi keselamatan pelajar, guru – Alexander

KAPIT: Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Bena, Sungai Sut, di sini perlu dibina semula untuk keselamatan pelajar dan tenaga pengajarnya, kata Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi. Beliau mencadangkan demikian selepas mendapati sekolah terbabit ditenggelami air hingga ke bumbung dalam kejadian banjir baru-baru ini. “Tidak dapat saya bayangkan ketakutan dan kepayahan yang terpaksa dihadapi […]

Projek naik taraf loji rawatan air Daro bakal tangani masalah tekanan air rendah

DARO: Projek naik taraf loji rawatan air Daro di Sungai Tebu sedang dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh enam bulan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, projek itu merupakan komitmen Kerajaan Sarawak menyelesaikan masalah tekanan air rendah dan bekalan air yang tidak mencukupi di Daro. “Apabila siap kelak, ia mampu menghasilkan […]

Hormati, hayati tarikh 31 Ogos sebagai Hari Kebangsaan

SIBU: Rakyat negara ini harus menghormati dan memahami pengertian tarikh 31 Ogos sebagai Hari Kebangsaan dan 16 September Hari Malaysia. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, tarikh-tarikh tersebut tidak harus dipolemikkan tetapi apa yang lebih penting ialah tarikh-tarikh tersebut dihormati dan difahami pengertiannya oleh . rakyat negara ini. Beliau berkata […]