LAWAS: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) Cawangan Bukit Sari Lawas mengadakan program ceramah agama dan simbolik penyerahan sumbangan kerusi di Zon Punang Lawas. Ketua Wanitanya, Auji Najian Garip memberitahu tiga ranting di zon Punang yang disantuni ialah Ranting Punang Lama, Ranting Punang Jaya dan Ranting Punang Baru. “Lebih 100 wanita parti dan masyarakat sekitar […]
Sarawak jadi pemangkin usaha capai matlamat sifar sisa
KUCHING: Rang Undang-Undang (RUU) Pengurusan Sumber Lestari dan Sisa, 2025 diperkenalkan bagi memperkukuh sistem pengurusan sisa di Sarawak melalui penubuhan sebuah entiti khas yang bertanggungjawab mengawal selia semua jenis sisa secara bersepadu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr Shafiee Ahmad berkata, RUU ini menetapkan standard bagi pengasingan, pemprosesan dan pelupusan sisa, selain memperjelas peranan […]
11 tuntutan MA63 berjaya diselesaikan
KUCHING: Cadangan menambah bilangan Ahli Parlimen dari Sarawak dalam Dewan Rakyat masih perlu rundingan lanjut antara kerajaan negeri dan Persekutuan. “Beberapa isu utama masih memerlukan rundingan lanjut antara kerajaan negeri dan Persekutuan. Ia termasuk cadangan menambah bilangan Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak,” menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), […]
Pemuda Parti PBB tidak berdiam diri, gesa Zaid mohon maaf
KUCHING: Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tidak akan berdiam diri apabila hak dan keistimewaan Sarawak dicabar, susulan kenyataan tular Datuk Zaid Ibrahim yang disifatkan mengguris sensitiviti rakyat Sarawak. Pergerakan Pemuda Parti PBB dalam kenyataannya berkata, Pemuda sentiasa terbuka terhadap pertukaran pandangan serta perbincangan konstruktif bagi menentukan hala tuju negara dan hubungan antara di Sarawak […]
RUU Bangunan 2025 perkukuh piawaian hijau, perlukan mekanisme akauntabiliti jelas
KUCHING: Rang Undang-Undang Bangunan (Pindaan) 2025 dibentangkan di Dewan Undangan Negeri bagi memodenkan Ordinan Bangunan Sarawak 1994, selaras dengan pembangunan pesat bandar pintar, tenaga boleh diperbaharui dan peluasan kawasan perbandaran. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Dr Safiee Ahmad berkata, pindaan ini menyokong agenda kelestarian negeri dengan sasaran sekurang-kurangnya 25 bangunan bersijil hijau menjelang 2030 […]
Perjelaskan MA63 pada rakyat, agar nilai kepentingan difahami dengan tepat
KUALA LUMPUR: Kefahaman yang tepat mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) penting supaya rakyat tidak tersalah tafsir dan memahami kepentingannya dalam konteks sejarah dan pembangunan. Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli berkata, MA63 merupakan perjanjian hasil persefahaman antara Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. “Perjanjian ini menjadi asas hubungan antara negeri-negeri dan memainkan peranan […]
Sarawak perkenal Lembaga Bangunan Baharu mantapkan industri pembinaan
KUCHING: Sarawak akan menubuhkan Lembaga Bangunan Sarawak (SBB) melalui Rang Undang-undang Bangunan (Pindaan) 2025 bagi memperkemas pengurusan dan meningkatkan profesionalisme industri pembinaan negeri. Timbalan Premier, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, SBB akan menyelaraskan amalan pembinaan mengikut piawaian semasa serta memastikan keseragaman pelaksanaan di semua pihak berkuasa tempatan. “Dana khas turut disediakan untuk menyokong […]
RUU Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2025 dilulus
KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2025, membolehkan penambahan sehingga empat ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). RUU tersebut dibentang oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, selepas mendapat perbahasan daripada 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Menurut […]
Kabinet lebih besar, tumpuan lebih tepat untuk Sarawak
KUCHING: Penambahan bilangan menteri dalam kabinet negeri dilihat sebagai satu pelaburan penting bagi memastikan sektor-sektor strategik di Sarawak dapat diurus dengan lebih mendalam dan berkesan. Ini seiring perkembangan ekonomi negeri yang semakin dinamik. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Dato Fazzrudin Abdul Rahman berkata, penambahan itu bukan isu saiz semata-mata, sebaliknya langkah memperkukuh kapasiti pentadbiran […]
RUU Perlembagaan Negeri Sarawak: Penuhi keperluan jangka panjang
KUCHING: Pindaan ke atas Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2025 adalah tepat pada masanya, strategik dan sangat penting. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Yakub Arbi berkata, pindaan RUU itu akan mengukuhkan susunan tadbir urus kerajaan, menyokong aspirasi pembangunan jangka panjang Sarawak dan meningkatkan keupayaan Kerajaan Sarawak. RUU itu padat dan memberi impak […]
